Program Latihan

Tiga Modul Teras,
Satu Pasukan yang Fasih.

Setiap modul dirangka untuk membina keupayaan dalaman yang kekal. Ambil satu modul mengikut keperluan semasa, atau gabungkan ketiga-tiganya untuk transformasi komunikasi organisasi yang menyeluruh.

  • Kompatibel dengan klaim HRD Corp
  • Boleh disesuaikan mengikut konteks organisasi
  • On-site atau hybrid
01

Penulisan Profesional & Dokumentasi

Latihan intensif merangka kertas putih (white papers), dokumen dasar, dan laporan korporat. Ubah data yang kompleks menjadi naratif yang jelas, padat, dan memikat.

Untuk siapa
Pegawai dasar, penyelidik, penulis laporan, dan unit komunikasi.
Tempoh
8 sesi
Format
Fizikal atau hybrid, bengkel praktikal

Hasil yang anda bawa pulang

Komunikasi organisasi yang jelas, bebas ralat, dan berstruktur tinggi.

Komponen Modul

  • Struktur kertas putih dan dokumen polisi
  • Standard editorial untuk laporan kerajaan
  • Templat dan workflow penulisan jabatan
  • Editorial review framework
Mohon cadangan untuk modul ini
02

Strategi Penerbitan Korporat

Kuasai rantaian pengeluaran penerbitan dalaman. Dari surat berita hingga laporan tahunan, kami terapkan standard industri bagi memastikan hasil cetakan dan digital bertaraf premium.

Untuk siapa
Unit penerbitan, editor dalaman, dan pasukan komunikasi korporat.
Tempoh
6 sesi
Format
Bengkel hands-on dengan tugasan sebenar

Hasil yang anda bawa pulang

Kitaran produksi diperkemas dan kualiti visual serta editorial dipertingkatkan.

Komponen Modul

  • Workflow penerbitan end-to-end
  • Annual report production standards
  • Newsletter dan briefing pack templates
  • Style guide dan brand voice manual
Mohon cadangan untuk modul ini
03

Komunikasi Strategik

Selaraskan suara pasukan, tangani media dengan taktikal, dan bina reputasi kebal. Komunikasi bukan sekadar melontar mesej, tetapi memastikan ia membumi dan memberi impak.

Untuk siapa
Pegawai perhubungan awam, jurucakap, dan kepimpinan organisasi.
Tempoh
4 sesi
Format
Intensif, dengan sesi konsultasi susulan

Hasil yang anda bawa pulang

Naratif awam yang padu dan penglibatan stakeholder yang lebih baik.

Komponen Modul

  • Messaging framework untuk eksekutif
  • Media relations dan press handling
  • Crisis communications playbook
  • Stakeholder engagement strategy
Mohon cadangan untuk modul ini

Tidak pasti modul yang sesuai untuk pasukan anda?

Mulakan dengan sesi diagnostik ringkas. Kami bantu kenal pasti kelompangan komunikasi organisasi anda dan cadangkan kombinasi modul yang paling berkesan.