Kajian Kes
Hasil yang Diukur,
Bukan Janji yang Dilaung.
Klien kami dinilai melalui perubahan yang nyata dan boleh diukur. Berikut adalah perbezaan yang program kami bawa kepada organisasi sebenar, dirumuskan menerusi metrik dan kisah di sebaliknya.
Cabaran
Proses pelaporan jabatan mengambil masa berminggu kerana setiap draf melalui pusingan suntingan yang panjang dan tidak konsisten antara pegawai.
Pendekatan
Kami audit aliran kerja sedia ada, membina templat berstruktur, dan melatih pasukan dengan standard editorial yang seragam.
Latihan Kuras Buku menyusun semula proses pelaporan jabatan kami. Editing time turun 40% dan kualiti dokumen lebih konsisten.
— Pengarah, Sebuah Agensi Kerajaan Persekutuan
Cabaran
Newsletter organisasi terbit tidak menentu kerana ketiadaan workflow yang jelas dan pergantungan pada segelintir individu.
Pendekatan
Kami terapkan rantaian pengeluaran penerbitan standard industri dan style guide yang membolehkan pasukan terbit secara konsisten.
Sebelum program, newsletter kami terbit setiap suku. Selepas latihan strategi penerbitan, kami konsisten terbit setiap bulan tanpa tambah pasukan.
— Head of Communications, GLC Tenaga
Cabaran
Respons kepada pertanyaan media lambat dan tidak konsisten, mendedahkan organisasi kepada risiko salah tafsir naratif.
Pendekatan
Kami bangunkan crisis playbook dan messaging framework, serta melatih jurucakap untuk respons yang pantas dan padu.
Crisis playbook yang dibangunkan dengan Kuras Buku tolong kami respons wartawan dalam 12 minit purata, dari sebelum ini berjam.
— Director of Corporate Affairs, Korporat Tersenarai
Catatan: Identiti klien dirahsiakan atas dasar kerahsiaan perjanjian. Butiran lanjut boleh dikongsi semasa sesi perundingan rasmi.
Sedia menulis kisah kejayaan anda sendiri?
Setiap kajian kes bermula dengan satu organisasi yang berani melabur dalam keupayaan komunikasi pasukannya. Jadikan organisasi anda yang seterusnya.