Latihan Korporat & Kerajaan

Tunjang Komunikasi,
Pemangkin Penerbitan Organisasi.

Program latihan berstruktur khusus untuk kementerian, agensi kerajaan, dan sektor korporat. Kami melengkapkan pasukan anda dengan ketajaman menulis, ketelitian menerbit, dan kelicikan komunikasi strategik.

Sejak
2015
Pengalaman
10 tahun
Penerbitan
100+ buku

Pilihan Rakan Strategik dan Organisasi Terkemuka

Ekosistem Latihan Korporat

Tiga Modul Bersepadu. Satu Standard Komunikasi Mutu Tinggi.

Pilih modul mengikut keperluan, atau gabungkan ketiga-tiganya untuk ekosistem komunikasi organisasi yang utuh dan menyeluruh.

  1. 01

    Penulisan Profesional & Dokumentasi

    Latihan intensif merangka kertas putih (white papers), dokumen dasar, dan laporan korporat. Ubah data yang kompleks menjadi naratif yang jelas, padat, dan memikat.

    Outcomes

    Komunikasi organisasi yang jelas, bebas ralat, dan berstruktur tinggi.

    Komponen utama

    • Struktur kertas putih dan dokumen polisi
    • Standard editorial untuk laporan kerajaan
    • Templat dan workflow penulisan jabatan
    • Editorial review framework
    Mohon proposal untuk modul ini →
  2. 02

    Strategi Penerbitan Korporat

    Kuasai rantaian pengeluaran penerbitan dalaman. Dari surat berita hingga laporan tahunan, kami terapkan standard industri bagi memastikan hasil cetakan dan digital bertaraf premium.

    Outcomes

    Kitaran produksi diperkemas dan kualiti visual serta editorial dipertingkatkan.

    Komponen utama

    • Workflow penerbitan end-to-end
    • Annual report production standards
    • Newsletter dan briefing pack templates
    • Style guide dan brand voice manual
    Mohon proposal untuk modul ini →
  3. 03

    Komunikasi Strategik

    Selaraskan suara pasukan, tangani media dengan taktikal, dan bina reputasi kebal. Komunikasi bukan sekadar melontar mesej, tetapi memastikan ia membumi dan memberi impak.

    Outcomes

    Naratif awam yang padu dan penglibatan stakeholder yang lebih baik.

    Komponen utama

    • Messaging framework untuk eksekutif
    • Media relations dan press handling
    • Crisis communications playbook
    • Stakeholder engagement strategy
    Mohon proposal untuk modul ini →

Metodologi Kuras Buku

Tiga Langkah Berstruktur. Hasil Tuntas yang Terukur.

Metodologi Kuras Buku dibina atas asas kajian sarjana penerbitan dan pengalaman lapangan perundingan komunikasi sebenar. Kami tidak sekadar berkongsi teori; kami membentuk strategi.

  1. 01

    Penilaian (Assess)

    Kenal pasti kelompangan komunikasi sedia ada. Kami mengaudit aliran kerja dan sasaran mesej organisasi anda.

  2. 02

    Latihan (Train)

    Pemindahan ilmu secara taktikal. Latihan praktikal dirangka bagi merapatkan jurang kemahiran menerusi modul yang disesuaikan.

  3. 03

    Pelaksanaan (Implement)

    Merencana gerak kerja pasca-latihan. Kami bantu anda menterjemah setiap modul menjadi amalan harian yang nyata.

Servis Tambahan

Penerbitan Korporat Menyeluruh: Dari Idea Coretan ke Naskhah Edaran.

Jika projek anda menuntut pelaksanaan pakar luar, rumah penerbitan kami bersedia beroperasi pada kapasiti optimum. Dari suntingan manuskrip yang jitu, reka letak berwibawa, hingga pengurusan cetakan pukal. Biar kami uruskan kerumitan teknikal, anda fokus pada visi besar organisasi.

  • Suntingan manuskrip profesional
  • Susun atur dan reka bentuk muka surat
  • Cetakan kuantiti rendah hingga tinggi
  • Pengurusan ISBN dan deposit perpustakaan
  • Pengedaran B2B dan e-commerce
Lihat Profil Penerbitan

Bukti Kepakaran Akar Umbi

Akar Kami, Kepakaran Anda: Servis Penerbitan Bersepadu.

Sebelum melatih pasukan anda, kami terlebih dahulu mengotorkan tangan di lapangan. Sebagai sebuah rumah penerbitan yang aktif, kami kekal menawarkan perkhidmatan teknikal dari hujung ke hujung. Sama ada anda perlukan latihan atau pelaksanaan penuh, jentera kami sentiasa bersedia.

  1. Suntingan Tepat, Bebas Ralat

    Kami meneliti setiap patah kata, nahu, dan frasa. Sama ada laporan tahunan atau buku polisi, kami pastikan setiap naskhah tajam, bebas cela, dan mengekalkan laras bahasa rasmi organisasi anda.

  2. Reka Letak Kemas, Sedap Ditelaah

    Susun atur bukan sekadar lambakan teks pada helaian. Kami merangka hierarki tipografi dan reka letak yang profesional agar dokumen tebal menjadi mesra pembaca, kemas, dan mudah difahami.

  3. Rekaan Visual, Pemangkin Citra

    Dari rekaan kulit luar hingga infografik dalaman, kami menterjemahkan data yang sarat menjadi visual yang memikat. Rekaan kami tidak sekadar cantik, tetapi direka khusus untuk memperkukuh identiti korporat anda.

  4. Urusan Cetakan, Selesai Di Pintu

    Lupakan pening kepala berurusan dengan kilang. Kami mengemudi urusan pencetakan sepenuhnya, dari pemilihan material kertas, kawalan mutu warna, hinggalah naskhah fizikal tiba dengan selamat di pejabat anda.

Hasil yang Diukur

Kajian kes organisasi.

Klien kami diukur dengan metric, bukan janji. Berikut adalah perbezaan yang program kami bawa kepada organisasi sebenar.

  1. 40%

    Pengurangan masa editing

    Latihan Kuras Buku menyusun semula proses pelaporan jabatan kami. Editing time turun 40% dan kualiti dokumen lebih konsisten.

    — Pengarah, Sebuah Agensi Kerajaan Persekutuan
  2. 3X

    Output newsletter dipertingkatkan

    Sebelum program, newsletter kami terbit setiap suku. Selepas latihan strategi penerbitan, kami konsisten terbit setiap bulan tanpa tambah pasukan.

    — Head of Communications, GLC Tenaga
  3. 12 mins

    Purata response time media

    Crisis playbook yang dibangunkan dengan Kuras Buku tolong kami respons wartawan dalam 12 minit purata, dari sebelum ini berjam.

    — Director of Corporate Affairs, Korporat Tersenarai

Borang Permohonan

Sedia melonjakkan keupayaan komunikasi pasukan anda?

Rintis transformasi hari ini. Hubungi kami untuk merangka modul latihan dan penerbitan yang paling selari dengan aspirasi organisasi anda.

  • Proposal khas mengikut keperluan organisasi anda
  • Kompatibel dengan klaim HRD Corp
  • Boleh dijalankan secara on-site atau hybrid

Maklumat anda hanya digunakan untuk respons proposal. Tiada senarai mel atau pemasaran tambahan.